Thursday, August 7, 2008

Kenali Kampung Penaga

KENALI KAMPUNG PENAGA...........

"Cerita mengenai Kampung Penaga...
Kampung ini dibuka pada tahun 20-an. Asal nama Penaga adalah dari sepohon pokok Penaga yang tanam di kampung ini di mana ianya ada sehingga sekarang. Pembangunan di kawasan Kampung Penaga Bermula sejak 50 tahun dahulu selepas Jepun menyerah kalah.
Di waktu itu dikatakan lebih kurang antara 500 hingga 600 orang. Kebanyakan penduduk asal bekerja sebagai petani. Pada zaman awalnya penduduknya kurang mendapat pendidikan yang sempurna. Guru-guru pada waktu itu terpaksa mencari pelajar-pelajarnya di merata kawasan kampung.
Walaupun asalnya Penaga sebuah pekan kecil tetapi pada waktu itu telah ada kemudahan balai polis, Mahkamah sivil, mahkamah syariah, pejabat pos dan sebuah panggung wayang. Kemudahan asas bekalan eletrik dan air tiada pada waktu itu - kebanyakan penduduknya hanya berbasikal. Selepas merdeka barulah disediakan secara berperingkat sehinggalah ke hari ini di mana segala kemudahan asas telahpun ada."

1 comment:

kijang said...

aku suka pasar pagi ahad, membeli barangan dapur